Friday, November 16, 2018

Cuti Sekolah Kembali lagi!!!

Anda sedang mencari homestay untuk cuti sekolah?

Lokasi homestay di alor setar? zarrahomestay pilihan terbaik anda
Rumah 2 tingkat
4 bilik ( semua bilik aircond)

Ruang tamu bawah pun ada aircond
Katil queen semua bilik
Ruang tamu aircond
Luas dan selasa
Berdekatan dengan kedai makan dan runcit
call: 0194880884 / 0195058884

#homestayalorsetar
#homestayjalanlanggar
#homestaydekatdenganhospital
#homestayaircond
#travel
#holiday 




Friday, April 22, 2016

zarrahomestay @ alor setar




zarrahomestay @ alor setar terletak di No. 21 Taman sri Astana, Jalan Langgar. Lokasi homestay berdekatan dengan Hospital Sultanah Bahiyah dan berada di Belakang Pasar mini Al-Baik dan kedai Hussin Nasi Kandar. Rumah teres 2 tingkat berkonsepkan moden. Ruang rumah yang luas dan selesa, pasti memberi keselesaan kepada anda.


zarrahomestay sesuai untuk 3 & 4 keluarga (maksima 20 orang)

>>> MUSLIM ONLY - RM 300 Semalam <<<

Kemudahan yang kami sediakan:

- NEW!!! aircond di ruang tamu
- 4 bilik tidur yang luas dan selesa
- 5 air-cond (ruang tamu & semua bilik)
- 8 kipas siling
- 4 katil queen (tilam & Selimut berkualiti)
- 2 katil single (tilam & Selimut berkualiti)
- 2 tilam single tambahan
- 2 toto
- 2 bantal kekabu tambahan
- 3 tandas yang luas dan selesa
- Water heater di bilik utama
- Ruang tamu yang luas
- TV / DVD dan Astro (Njoi)
- Peti sejuk 2 pintu
- Almari
- Mesin basuh
- Dapur masak dan hood
- Periuk nasi elektrik
- Cerek air elektrik
- Seterika dan iron board
- Microwave oven
- Pembakar roti
- Set meja makan
- Keperluan pinggan dan cawan
- Sofa
- Sejadah dan telekong
- Ampaian kain
- Tuala (4 helai)
- Sabun mandi








Tuesday, August 18, 2015

NEW!!! di zarrahomestay @ alor setar


Assalamualaikum....ramai yang tanya....ruang tamu takde aircond ker cik?...sebab banyak sangat yang tanya....Alhamdulillah dengan sedikit rezeki yang Allah Taala berikan ini...ruang tamu di zarrahomestay @ alor setar...sudah ada aircond....InsyaAllah harga masih sama, belum dinaikkan lagi walaupun aircond telah ditambah satu lagi...

Harapan kami di zarrahomestay, apa yang kami berikan pada anda...kami amat berharap anda semua yang menginap di zarrahomestay sama-sama membantu kami....gunakan kemudahan secara bijaksana...

Sunday, October 12, 2014

UNITAR in da house...




10 Oktober 2014 zarrahomestay terima satu panggilan dari pelajar jurusan Pelancongan dari UNITAR yg berminat untuk menemubual bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan homestay bagi menyiapkan proposal pengajian depa. So pada 13 Oktober 2014 jam 4.30 petang...depa pun mai la ke zarrahomestay...Alhamdulillah temubual ringkas dijalankan berkisar dengan perjalanan operasi berkaitan dengan homestay, Tak sangka pulak banyak-banyak homestay kat Alor Setar ni....zarrahomestay menjadi pilihan depa...apa pun kami di zarrahomestay mengucapkan selamat maju jaya pada anda semua...terima kasih kerana memilih zarrahomestay sebagai rujukan...

Kepada anda yg memerlukan homestay yang "nyata selesa" kami di zarrahomestay sedia menerima tempahan dari pada anda...

Tuesday, September 9, 2014

Antara Tercantik di Dunia

homestay alor setar
Gambar terkini Masjid Zahir

Kedah merupakan salah satu negeri di utara tanah air kita....terkenal dengan jolokan nama negeri jelapang padi...yang pasti di kedah terdapat sebuah masjid yang menjadi salah satu mercu tanda yg diiktiraf sebagai masjid ke-4 tercantik di dunia iaitu Masjid Zahir. Bangganya  menjadi anak Kedah

Secara ringkasnya, pada 1912 masjid Zahir dibina atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Jurutera yang terlibat ialah En. James Gorman yang merupakan Jurutera Negeri.  Reka bentuk masjid Azizi yang berada di langkat, Sumatera Utara banyak  mempengaruhi masjid Zahir. Lima kubah yang terdapat pada bumbung melambangkan rukun islam.

Tapak masjid Zahir adalah tanah pusara pejuang Negeri Kedah yang gugur semasa peperangan dengan pihak siam pada tahun 1821.

homestay jalan langgar
Pandangan dari sisi Masjid

Pada 15 oktober 1915, hari jumaat. Masjid Zahir dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud membaca khutbah Jumaat sementara Sultan Abdul Hamid mengimamkan solat jumaat tersebut.

Kompleks mahkamah syariah dan pusat pendidikan asas kanak - kanak terletak di bahagian belakang masjid. Tetapi sudah berpindah ke banggunan Kerajaan persekutuan di bandar Muadzam Shah, anak bukit Kedah.

homestay alor setar
Seni Bina yang sangat halus dan cantik

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu


homestay jitra
Gambar lama Masjid Zahir, masih kekal indah sehingga sekarang


Ok, kalau nak jalan-jalan mai kedah, sudah tentu anda memerlukan tempat penginapan? bagi yang datang berdua, hotel atau motel sudah memadai, tetapi bagi yang datang dengan bilangan yang agak ramai, homestay merupakan pilihan terbaik untuk menginap dengan selesa. Sebagai penyelesaian, saya syorkan anda menginap di zarrahomestay.."nyata selesa" 

homestay alor setar


Anda boleh lawati laman web www.zarrahomestay.com.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan zarrahomestay, selain di alor setar zarrahomestay juga mempunyai cawangan di Jitra, Changlun & Langkawi.

Sila klik untuk mendapat gambaran sebenar berkaitan rangkaian zarrahomestay...





  • zarrahomestay @ alor setar
  • zarrahomestay @ jitra
  • zarrahomestay @ changlun
  • zarrahomestay @ langkawi






  • Monday, September 8, 2014

    Cuti Sekolah datang lagi....

    homestay


    Salam Semua...cuti sekolah datang lagi....kepada anda yang mempunyai perancangan untuk bercuti..makan kenduri atau sebagainya di kedah dan sedang mencari penginapan homestay yang selesa untuk keluarga....rangkaian zarrahomestay merupakan pilihan terbaik anda...diurus dengan sempurna mengikut ketetapan islam...kami mengalu-alukan anda untuk menginap di homestay kami...anda boleh memilih untuk menginap dimana-mana cawangan kami yg difikirkan sesuai dan ideal untuk anda sekeluarga...

    Sila klik untuk mendapat gambaran sebenar berkaitan rangkaian zarrahomestay...




  • zarrahomestay @ alor setar
  • zarrahomestay @ jitra
  • zarrahomestay @ changlun
  • zarrahomestay @ langkawi