Sunday, October 27, 2013

Terima kasih

homestay alor setar

Terima kasih atas pujian....kami sangat bersyukur seandainya perkhidmatan kami mampu memberi kepuasan pada anda....

zarrahomestay terbina bukan untuk bersaing dengan siapa-siapa...kami mencari rezeki yang halal sepertimana yang dibenarkan didalam islam...apa yg kami tonjolkan melalui pengiklanan merupakan hasil kreativiti tulen bagi menarik perhatian pelanggan...tiada unsur penipuan atau cubaan mensabotaj mana-mana pihak...Setiap apa yang kami paparkan merupakan idea dan hak cipta kami sendiri...sekiranya terdapat persamaan...kemungkinan itu satu kebetulan...itulah realitinya di zarrahomestay...

Kesempurnaan memerlukan masa dan modal...di zarrahomestay...kami sentiasa membuat penambahbaikan bagi mencapai kesempurnaan...sokongan anda telah memberi kami kekuatan untuk terus bergerak maju dalam bidang ini....insyaallah setelah cawangan di langkawi beroperasi...akan menyusul satu lagi cawangan zarrahomestay...doakan mudah- mudahan ianya menjadi realiti sedikit masa lagi....AMIN


********************************************************************************************

RM 300 /night (Muslim Only)

Kemudahan yang kami sediakan:
- 4 bilik tidur yang luas dan selesa
- 4 air-cond
- 4 kipas siling
- 4 katil queen (tilam berkualiti)
- 2 katil single (tilam berkualiti)
- 2 tilam single tambahan
- 2 toto
- 2 bantal kekabu tambahan
- 3 tandas yang luas dan selesa
- Water heater di bilik utama
- Ruang tamu yang luas
- TV / DVD dan Astro
- Peti sejuk 2 pintu
- Almari
- Mesin basuh automatik
- Dapur masak dan hood
- Periuk nasi elektrik
- Cerek air elektrik
- Seterika dan iron board
- Microwave oven
- Pembakar roti
- Set meja makan
- Keperluan pinggan dan cawan
- Sofa
- Sejadah dan telekong
- Ampaian kain
- Tuala (4 helai)
- Sabun mandi

Lokasi  zarrahomestay sangat strategik, mudah dicari dan berdekatan dengan lokasi tumpuan. Antaranya:
* 200 meter ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar (3 minit)
* 5 km untuk Pasaraya Giant (10 minit)
* 5 km ke Masjid Al-Bukhori (10 minit)
* 5 km ke Universiti Antarabangsa Al-Bukhori (10 minit)
* 5 km ke Masjid Sultanah Bahiyah (10 minit)
* 7 km ke SUK Kedah (10 minit)
* Politeknik POLIMAS / IAB / IPDA / ILP (15 minit)
* Kelab Golf Darulaman (15 minit)
* Tasik Bandar Darulaman (15 minit)
* Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (10 minit)
* Universiti Utara Malaysia (35 minit)
* Kolej Insaniah (10 minit)
* Kolej Matrikulasi Kedah (35 minit)
* Kolej Matrikulasi Perlis (45 minit)
* Bukit Kayu Hitam / Sempadan Thailand (40 minit)
* Politeknik Pauh, Perlis (35 minit)
* Bandar Raya Alor Setar / Pekan Rabu (5 minit)
* Jeti ke Langkawi - Kuala Kedah / Laksa Telok Kechai (15 minit)

Tuesday, October 22, 2013

Musim Hujan Kembali....

homestay

Salam semua, keadaan semasa diutara tanahair pada masa kini mendung dan hujan...boleh dikatakan setiap hari hujan....apa pun hujan itu rahmat dari Allah...bila hujan lebat berlarutan beberapa hari....kawasan yang rendah akan mengalami banjir, walaupun banjir sudah sinonim dengan kawasan-kawasan tertentu, kawasan yang tidak pernah ditenggelami air pun boleh tenggelam kerana semua itu kuasa Allah Swt....begitu juga dengan zarrahomestay...tidak terlepas dari pada musibah banjir seandainya itu ketentuannya....

Selain banjir, masalah kebocoran pada rumah merupakan masalah yang kerap berlaku terutama rumah yang berbentuk moden....zarrahomestay juga tidak terlepas daripada masalah ini dan kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh pihak pemaju bagi memastikan masalah kebocoran yang berlaku dapat diselesaikan. Alhamdulillah pemaju tidak lepas tangan dan sentiasa menyelesaikan segala masalah berkaitan rumah sekiranya ada aduan. kepada anda yang mungkin ingin membeli rumah, sekiranya pemajunya merupakan PZS development....kami menyokong anda membeli......

Tuesday, October 1, 2013

Hussain Nasi Kandar



Salam semua...selain mencari homestay yg selesa, faktor-faktor lain juga perlu diambil kira...ada homestay yang selesa tetapi jauh dari kedai makan, kedai runcit dan sebagainya.

Alhamdulillah...sekiranya anda menginap di zarrahomestay, kedai makan Hussin Nasi Kandar, Mini Market Al-Baik & Gym...semuanya berada di belakang zarrahomestay saja....anda tak perlu pergi jauh untuk membeli keperluan anda...