Musim Hujan Kembali.... | zarrahomestay

Tuesday, October 22, 2013

Musim Hujan Kembali....

homestay

Salam semua, keadaan semasa diutara tanahair pada masa kini mendung dan hujan...boleh dikatakan setiap hari hujan....apa pun hujan itu rahmat dari Allah...bila hujan lebat berlarutan beberapa hari....kawasan yang rendah akan mengalami banjir, walaupun banjir sudah sinonim dengan kawasan-kawasan tertentu, kawasan yang tidak pernah ditenggelami air pun boleh tenggelam kerana semua itu kuasa Allah Swt....begitu juga dengan zarrahomestay...tidak terlepas dari pada musibah banjir seandainya itu ketentuannya....

Selain banjir, masalah kebocoran pada rumah merupakan masalah yang kerap berlaku terutama rumah yang berbentuk moden....zarrahomestay juga tidak terlepas daripada masalah ini dan kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh pihak pemaju bagi memastikan masalah kebocoran yang berlaku dapat diselesaikan. Alhamdulillah pemaju tidak lepas tangan dan sentiasa menyelesaikan segala masalah berkaitan rumah sekiranya ada aduan. kepada anda yang mungkin ingin membeli rumah, sekiranya pemajunya merupakan PZS development....kami menyokong anda membeli......

No comments:

Post a Comment